siri 1: perpindahan bermula..

erm... neh adalah cerita sebenar di mana watak2 yg ada telah diubah suai.. hahahahaahah

aku sangat risau tentang apa yang terjadi nanti...sungguhpun begitu, aku tidak memberitahu keluargaku.. tidak apa, belum masanya lagi dan aku juga tidak mahu menyusahkan mereka.. penerbanganku kembali ke kuala lumpur seolah2 terlalu lambat, aku takut aku tidak dapat sampai tepat pada waktunya. sedangkan aku sudah berjanji dengan owner umah itu datang pada pukul 3 lebih.
aku tiba d lcct pada pukul satu dan bergegas menaiki bas air asia. perjalanan yang jauh tidak terasa sangat memandangkan aku berkenalan dan bercerita dengan seorang budak yang sekampung denganku.
dipendekkan cerita, aku tiba di pangsapuriku tepat jam 3 petang. aku naik ke rumah kawanku dan berehat sebentar. dan aku bergerak semula ke rumahku di tingkat atas. owner, kakak dan abang telah menungguku di rumah. aku masuk dan bercakap sebentar. kemudian aku terus berkemas. mereka bertanya adakah aku sudah mempunyai rumah, pasti jawapanku tidak. akak bertanya bila aku siap berkemas dan keluarkan barang dari rumah. dia seboleh2nya mahu aku keluaar sebelum 15hb yakni dua hari lagi.
jadi, bermula pada petang itu.. aku mula berkemas dan berkemas sehingga aku terasa loya dan pening kerana tidak menjamah apa2 pun dari pagi tadi. dan pengaduanku kepada abang angkat aku hanyalah menerima kata2 arahan dan amarah atas silapku sendiri yang malas mahu turun dan bersikap endah tak endah dengan kelaparanku.. hahaha
kemudian, aku berehat dan malam harinya aku dan kawanku bertungkus lumus mengangkut semua barangku ke rumahnya sehingga aku mendapat tandatangan dari mejaku tepat2 di lenganku. dan pertembung dengan mamat comey..(sempat lagik.. ;p)
setelah selesai.. aku bertekad menyambung tugas membersihkan bilik pada esok petangnya..

No comments:

Post a Comment