apa maknanya bila kita berbuat baik dan orang itu sebaliknya menikam dari belakang? mengapa aku sering bertemu dengan orang yang tidak tahu mengenang budi... lidah bercabang, hipokrit dan mudah percaya bila disogok? adakah kerna aku tergolong dlm orang yang sama.. tapi mengapa aku yang terasa terluka dan tertawa dengan diri sendiri kerana terlibat dalam kancah ini?
aku tidak pasti tentang maksud sebenar kawan & sahabat.. mereka menunjukkan aku yang ia adalah sesuatu yang boleh dikotak katikkan semata-mata seseorang yang belum pasti akan ada di sisi kita selamanya. mengapa harus dilontarkan kata2 seumpama itu jika niat kita sebenarnya untuk membantu biarpun bukan pada cara yang seeloknya.. dan bila mana sudah tiada cara lain lagi yang dapat dilakukan untuk menyedarkan mereka........
mungkin karanganku pada hari ini sangat kabut.. kerana aku sendiri telah kabut sehingga aku tidak tahu mana yang harus ku tuju...
aku sangat sedih sehingga aku tidak dapat menitiskan airmata, sehingga menggunung kekesalan di hati... semuanya tidak dapat aku luahkan..
dia pernah berkata, menulis mampu meluahkan apa yang tidak dapat kita luahkan... dan aku pun mula menulis kembali.........
No comments:
Post a Comment