siapa aku? (puisi)


aku bukan siapa siapa
aku sentiasa ada untuk mereka yang perlukanku
cuma mungkin aku bukan siapa-siapa
untuk diingati dan dikenang

aku bukan siapa-siapa
hanya sahabat yang sedaya upaya
mencuba menjadi sahabat yang baik
biar ada tikanya aku jahil dan jatuh
kerana aku bukan siapa-siapa

aku bukan siapa-siapa
mungkin ada yang mengingatiku
mungkin ada yang melupaiku
tapi sesiapa yang pernah hadir dalam hidupku
aku mesti cuba mengingatinya
kerana bagiku mereka bukan setakat siapa-siapa

100513/20:05

No comments:

Post a Comment